Setiap dari diri kita sudah pasti mempunyai kelebihan tertentu yang tidak dipunyai oleh orang lain. Sebagai contoh dua orang yang berada dalam bidang yang sama, akan berkesudahan dengan seorang sahaja yang berjaya ke puncak dengan cemerlang dan seorang lagi akan tertinggal jauh kebelakang.
Seratus orang ahli politik seorang sahaja yang menjadi menteri. Seribu orang menteri, seorang sahaja yang akan menjadi perdana menteri. Mengapakah ini berlaku? mengapa ada orang yang begitu cemerlang manakala orang lain walaupun dalam bidang yang sama jauh tertinggal kebelakang.
Jawapanya ? Ya kerana orang cemerlang tadi mengenal dirinya dan mengenal TUHANya dan menggunakan segala kelebihan serta kekuatanya untuk terus maju kehadapan walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang ditempuhi.